24 Ogos 2012 - 23:53

2 Serangan bom di masjid kota Sadr (Timur Baghdad), 3 orang terbunuh dan 11 cedera

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Dua serangan bom tengah hari kelmarin yang disasarkan ke arah jemaah solat di kota Sadr telah menyebabkan 3 orang terbunuh dan 11 yang lain cedera. 

Serangan pertama terjadi ketika masyarakat Islam sedang mendirikan solat berjemaah. Serangan kedua yang berupa bom tangan berbalut kain turut disasarkan kepada jemaah solat.

Namun menurut salah satu media Perancis, seorang pegawai polis memaklumkan bahawa kedua-dua letupan itu berpunca dari mortar yang ditembak ke arah jemaah solat.

Imam solat jemaah Baghdadd, Nasir al-Sa'idi turut mengalami kecederaan dalam kejadian ini.